Thursday, November 14, 2013

Memikirkan bila nak bermula selalunya telah terlewat

Hikmat 44

Bila nak mula? Nantilah, nantilah,nantilah…tunggu dulu….nak fikir-fikir dulu….nak fikir masa paling sesuai untuk bermula. Tanpa disedari, bila sentiasa memikirkan bila nak bermula, memang tidak akan dimulakan. Kalau pun ia dimulakan, ia telah terlewat. Terlewat, kerana masa telah dihabiskan untuk memikirkan bila hendak bermula.

Orang yang terus bermula tanpa perlu berfikir panjang akhirnya telah sampai ke tempat tuju, yang suka nak fikir-fikir dulu akan tertinggal jauh di belakang. Bila dia hendak memulakannya segala-galanya telah terlambat. Bila ditanya kembali apa sebenarnya yang difikirkan, mereka tak tahu apa sebenarnya yang hendak difikirkan – hanya sekadar suka menyebut hendak fikir-fikir dulu.

Fikir itu pelita hidup, demikian kata bijaksana tetapi mengambil masa yang panjang untuk berfikir hendak memulakan sesuatu atau langkah pertama bukan pelita hidup namanya, sebaliknya boleh diibaratkan sebagai perosak hidup. Hendak memulakan memang anda perlu berfikir tetapi mengambil masa yang lama untuk memikirkan sudah pasti akhirnya berakhir dengan tidak jadi. Selalunya memang begitu. Orang yang bijak akan melebihkan bertindak dari berfikir. Mereka tahu bertindak tanpa berfikir adalah berbahaya tetapi terlebih berfikir dari bertindak

Dalam apa saja usaha, langkah pertama amat penting. Jangan sekali-kali mengambil masa yang lama untuk berfikir-fikir sebelum memulakan langkah pertama. Makin banyak fikir, makin takut hendak memulakan langkah pertama. Fikir-fikir tidak mendatangkan apa-apa, sebaliknya bertindak sesudah berfikir, itulah yang paling tepat dan kemestian.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment