Wednesday, November 20, 2013

Ketakutan hanya boleh pergi sejauh yang minda izinkan

Hikmat 54

Sejauh mana anda fikirkan, sejauh itulah ketakutan boleh pergi. Ketakutan hanya sejauh pemikiran. Minda yang memikirkan takut akan mencipta ketakutan. Kalau minda mencipta ketakutan itu jauh, besar maka besar dan jauhlah ketakutan itu.

Kesimpulannya mudah saja, takut hanya mainan minda. Sebahagian besar dari takut adalah ciptaan dan mainan minda sahaja. Hanya sebahagian kecil saja ia benar. Namun majoriti mausia memilih yang permainan minda. Ketakutan terjadi kerana minda mengizinkan diri takut. Ketakutan mejadi besar kerana minda mengizinkan dan mencipta ketakutan yang besar dan sampai begitu jauh.

Mengatasi ketakutan ada 2 cara. Pertama, berkaitan dengan minda. Hentikan minda anda dari memikirkan tentang ketakutan. Secara automatik ketakutan pun akan berhenti. Benarkah semudah itu? Caranya memang begitu, namun apa saja perkara pelaksanaannya bukan mudah. Berhenti dari memikirkan ketakutan memang boleh menghentikan ketakutan itu sendiri. Alihkan saja minda anda ke arah memikirkan kebaikan, kegembiraan yang pernah dialami sebelum ini. Bila mengalihkan pemikiran begitu ia seumpama mengisi air jernih ke dalam gelas yang berisi denga air kotor. Air dalam gelas itu akan berganti dengan air bersih. Ibaratkan air yang kotor itu sebagai ketakutan dan air yang bersih itu sebagai kebaikan kegembiraan masa lalu.

Cara kedua, seperti yang selalu anda dengar selama ini. Lakukan apa yang anda takuti. Lupakan ketakutan dan lakukan apa yang anda takuti. Lupakan ketakutan dan lakukan segera, tanpa bertangguh. Dengan serta merta, ketakutan itu hilang. Anda mungkin tidak mempercayainya. Melainkan anda melakukan, barulah anda mempercayainya. Mulakan dengan ketakutan kecil terlebih dahulu, kemudian meningkat kepada ketakutan yang besar-besar. Anda akan merasai kelegaan dan keseronokan yang bukan kepalang bila berjaya mengatasi ketakutan selama ini.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment