Monday, November 18, 2013

Dapatkan mesej Aku Boleh Berubah

Tabiat 18

Seorang  bekas saintis dan penceramah bernama Muhamad al-Mahdi, tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Jika orang terakhir dalam dunia ni yang hendak percayakan Tuhan, berkemungkinan dia adalah saya, kata Muhammad kepada lebih 500 orang pelajarnya di AS. Hidayah Allah datang padanya. Iltizamnya pada Islam  menjadikannya tenang untuk menemui pencipta. Beliau mempunyai tiga PhD, tenang  menghadapi barah hati yang telah merebak ke tulang belakangnya. Dalam buku terbarunya beliau telah menulis:

Saya didapati mengidap satu penyakit yang membawa maut pada pertengahan tahun 2003 dan dikatakan mempunyai tiga bulan sahaja untuk hidup. Kini dua tahun telah berlalu, saya bersyukur kepada Allah swt kerana masih hidup dan boleh menulis buku ini. Saya berasa selesa kerana tidak lama lagi akan meninggalkan dunia yang fana ini tetapi saya ingin pastikan sisa-sisa masa saya yang tinggal ini saya dapat melakukan sebanyak mungkin untuk memastikan segala usaha yang telah saya lakukan selama ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Saya harap masa yang sukar bagi saya untuk bertemu dengan Islam ini dapat dipercepatkan dengan membaca buku saya. Tidak semua yang ada masa, kecenderungan dan peluang untuk mengorbankan keseluruhan hidupnya untuk belajar.

Muhammad al-Mahdi adalah contoh di mana perubahan yang dialami memberi kekuatan kepadanya untuk membuat perubahan yang lebih besar, bermakna dan memberi manfaat kepada semua orang.

Anda mesti mempunyai ciri-ciri termostat; sentiasa sensitif dengan perubahan. Alam tidak pernah menolak hujan dan kemarau tetapi menyesuaikan diri dengan kelembapan dan kepanasan. Anda juga harus bersifat begitu.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment