Thursday, November 21, 2013

Dua tangan yang bekerja lebih baik dari seribu tangan yang hanya menadah doa

Hikmat 57

Doa adalah senjata mukmin yang paling kuat, jika betul caranya. Tetapi ramai yang salah faham tentang doa. Ramai yang mengabaikan perkara penting yang perlu dilakukan untuk mengiringi doa. Kerana itulah dalam kebanyakkan masa doa seperti tidak makbul. Kita berdoa mahukan kebaikan tetapi fizikal kita setiap hari melakukan keburukan; hati kita setiap saat berselubung dengan keburukan dan kejahatan. Jadi layak atau tidak doa tersebut makbul?

Hanya berdoa sepanjang masa tanpa berusaha adalah satu cara yang sangat menyalahi hukum Islam. Islam tidak pernah menyuruh umatnya berdoa tanpa bekerja atau berusaha sebagaimana yang didoakan. Sepanjang masa berdoa minta dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur tetapi tidak pernah berusaha untuk menambahkan rezeki, tidak pernah gigih berusaha mencari rezeki yang terlalu banyak di sekeliling kita. Minta panjang umur tetapi tidak pernah berusaha untuk mempertingkatkan tahap kesihatan supaya mampu memanjangkan umur.

Dua tangan yang berusaha jauh lebih baik dari 1000 tangan yang hanya menadah doa, menunjukkan betapa pentingnya berusaha, tidak sekadar menadah tangan berdoa. Bukan maknanya berdoa itu tidak penting. Doa sama penting dengan usaha tetapi mestilah beringat bahawa doa tanpa usaha adalah perbuatan yang sia-sia.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment