Sunday, November 24, 2013

Jangan semalam menghuni hari ini

Hikmat 75

Semalam adalah milik semalam, hari ini adalah hak hari ini. Jangan milik semalam menghuni dan mengambil hak hari ini. Bagaimanapun, jika semalam cemerlang, biarlah kecemerlangan semalam mempengaruhi hari ini. Bagaimana pula jika semalam teruk? Mahukah anda membawa semalam yang teruk mengambil hak hari ini? Jangan semalam yang teruk menghuni dan merosakkan hari ini. Anda hanya mempunyai 1 hari seperti ini seumur hidup anda, jadi ia adalah sekali seumur hidup. Mampukah anda mensia-siakan?

Setiap hari adalah hari baru, peluang baru, harapan baru. Mengapa mesti disia-siakan dengan membawa semalam yang tidak cemerlang mencuri hari ini yang dijangkakan cemerlang? Bukankah cara terbaik ialah mengusahakan hari in, barulah boleh menemui kecemerlangan.

Jangan sia-siakan hari ini. Gunakan sebaik-baiknya kerana anda tidak akan tahu mungkin hari ini adalah yang terbaik sekali seumur hidup anda! Mahukah anda menjadikan hari ini hari yang terburuk sekali dalam seluruh kehidupan anda?

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment