Tabiat 2
Sesungguhnya terdapat terdapat
kemunduran, kegagalan dan kelemahan di kalangan
siswazah Malaysia
akibat kurang berfikir. Semangat dan dorongan berfikir sangat kurang akibat
ketiadaan OID iaitu Observant (memerhati), Interested (berminat) dan Dedicated (dedikasi). Menerusi O
ia membentuk budaya ingin tahu, mahu mengkaji, meneliti, menyoal dan mahu
mencari kebenaran. Umat Islam hebat dengan penghayatan Iqra’ iaitu memerangi
kejahilan. I pula menunjukkan
kesungguhan yang berterusan. Daripada minat, sesetengah perniagaan menjadi
terkenal. Manakala D adalah
bersungguh-sungguh, tekun dan beriltizam.

Ulangi impian dan angan-angan
banyak kali untuk membina keyakinan. Orang yang berjaya tidak akan membiarkan
otaknya usang dan berkarat Kejayaan memerlukan matlamat dan jangka masa.
Formula kejayaan diiringi prinsip, sikap dan tindakan. Kejayaan tidak datang
bergolek kerana nasib, kejayaan adalah pilihan. Anda sendirilah yang mengusahakannya.
Merancang untuk berubah akan lebih bermakna jika anda……
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment