Thursday, January 9, 2014

Berbaik sangka

Pada suatu ketika isteri Talhah bin Abdullah bin Auf berkata kepada suaminya: Aku tidak melihat seorang yang lebih hina berbanding sahabatmu. Talhah berkata: Jangan kamu katakan kepada mereka sesiapa yang kamu lihat di antara mereka. Isterinya menjawab: Demi Allah, perkara itu sangat jelas.

Talhah bertanya: Apa tandanya? Isterinya menjawab: Jika kamu berada dalam kemudahan, mereka menemanimu tetapi ketika kamu dalam kesusahan mereka menjauhimu. Talhah berkata: Menurutku, mereka memiliki kemuliaan akhlak.

Isterinya bertanya balik : Apa yang kamu sebut kemuliaan akhlak? Talhah menjawab : Mereka mendatangi kita ketika kekuatan kita berada di atas mereka dan mereka menjauhi kita ketika kekuatan di bawah mereka. Maka, berbaik sangkalah kepada orang lain agar kamu bahagia.

Wallahu alam.

Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile

No comments:

Post a Comment