Friday, January 10, 2014

Syukur 1

a) Dunia diciptakan untuk memenuhi keperluan manusia, bukan keinginannya. Segelintir manusia sudah mencukupi dengan yang sedikit. Anehnya, ramai yang masih tidak puas dengan yang banyak.

b) Apa yang diberikan oleh Allah sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

c) Jika kita tidak syukur dengan yang sedikit pasti kita kufur dengan yang banyak.

d) Nikmat yang telah Allah beri jarang kita syukuri. Nikmat yang belum dimiliki itulah yang sering kita ingini. Namun tidak salah untuk terus meminta….. tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur.

e) Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa jika Dia tidak ingin mengkabulkannya. Justeru, kemampuan hati untuk berdoa itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri. Syukur….kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment