Friday, June 6, 2014

Membina dengan bijaksana & berfikir reaktif

Cemerlang 2 :

Membina dengan bijaksana 

Memiliki idealism adalah sesuatu yang amat dituntut. Idealisme dalam maksud yang luas tidak sekadar lahir daripada idea-idea manusia tetapi pedoman daripada Allah. Membina idealisme mengarah kepada suatu faham yang serba sempurna terhadap sesuatu dan ia menjadi idaman setiap manusia.

Idealisme perlu berjejak di bumi nyata. Pemahaman terhadap reality atau waqi’ adalah amat penting supaya sesuatu yang murni dihajatkan berlaku dapat dapat diimbangi dengan pemahaman terhadap realiti itu sendiri. Ia bakal melahirkan strategi bijaksana supaya antara matlamat dan usaha ke arah sesuatu mampu menemui titik keseimbangannya.

Seseorang yang sifatnya idealis perlu menjadi realis. Gandingan keduanya menghasilkan kebijaksanaan. Bersifat idealis tanpa memahami reality boleh menyebabkan seseorang kehilangan tempat berpijak, arah dan sasaran.

Berfikir Reaktif

Reaktif bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindak balas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.

Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

No comments:

Post a Comment