Suatu hari, Hisyam bin ‘Abdul
Malik khalifah bani Umayyah telah memanggil Thawus Al-Yamani agar datang ke
majlisnya. Assalamu ‘alaikum, ya Hisyam,
kata Thawus seraya duduk di samping Hisyam dan bertanya : Bagaimana keadaan engkau, hai Hisyam. Bangkitlah
marah Hisyam melihat sikap Thawus ini, sampai dia berniat hendak membunuhnya.

Thawus menjawab : Adapun perbuatanku meletakkan terompahku di
tepi tikar engkau, kerana saya biasa meletakkan keduanya di hadapan Tuhan
Rabbul 'Izzati, lima
kali setiap hari. Dan saya tidak mencium tangan engkau, kerana saya mendengar
Ali bin Abi Talib berkata : Tidak halal bagi seorang lelaki mencium tangan
siapapun, melainkan isterinya kerana cinta atau anaknya kerana sayang. Sebab
itu saya tidak memberi salam dengan menyebut Amirul Mu’minin, kerana tidak
semua orang merasa senang dengan jabatan (jawatan) engkau ini dan saya tidak
suka berdusta. Sebabnya saya duduk di sebelah engkau sebelum dipersilakan,
kerana saya mendengar Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib berkata : Apabila
engkau hendak melihat seorang lelaki dari isi neraka, lihatlah seorang lelaki
yang duduk dan dikelilingnya orang ramai berdiri.

Sesudah itu, Thawus pun berdiri dan pergi.
Wallahu a’alam.
( Iman dan kehidupan; Dr. Yusuf Al-Qaradawi )
No comments:
Post a Comment