Saturday, June 16, 2012

Tingkat solat

Pertama :
Tidak menjaga waktu solat, wuduk’,rukun-rukun solat yang zahir dan kekhusyukan. Mereka akan dihukum atas solatnya sebagaimana disepakati oleh semua ulama.

Kedua :

Menjaga waktu solat, wuduk dan rukun-rukun solat yang zahir namun tidak khusyuk. Solat mereka akan dihisap dengan tegas,. Ramai yang berada di tingkat ini.

Ketiga :

Menjaga waktu solat, wuduk dan rukun-rukun solat yang zahir serta gigih melawan hasutan syaitan. Dia mampu khusyuk dipermulaan solat tapi tidak lama. Namun dia kembali melawan syaitan. Begitulah silih berganti. Mereka akan ditutup kekurangannya malah akan mendapat dua pahala. Pertama ketika dia khusyuk dan kedua, ketika dia melawan hasutan syaitan bagi mendapatkan kekhusyukan.

Keempat :

Menjaga waktu solat, wuduk, rukun-rukun dan khusyuk. Ini adalah tingkat yang sangat tinggi kerana berjaya melawan syaitan. Mereka akan mendapat pahala penuh atas solatnya.

Kelima :

Menjaga penuh waktu solat, wuduk, rukun-rukun dan kekhusyukan. Malah dia menyerahkan sepenuh jiwanya kepada Allah swt. Dunia seolah-olah sepi. Hanya dia dan Allah yang bersendiri. Inilah maksud ucapan Rasulullah saw ”Puncak kebahagiaanku terletak di dalam solat’.Mereka adalah orang-orang istemewa yang dekat dengan Rabbnya.

Wallahu’alam.

( Menjemput roh ibadat, Shariman Wahap. ms 23- 25 )

Ya Allah ya Tuhan, jadikan diri ini hambamu yang sentiasa mendiri dan menjaga dan mengekalkan solatnya.....amen ya Rabb.


No comments:

Post a Comment