Friday, June 29, 2012

Belajar dari KM

Senarionya adalah di sebuah restoran di Osaka. Keenam-enam orang itu bertemu sebaik sahaja selepas rembang. Selepas mengucap selamat dan berbual tentang hal remeh temeh, setiap orang memesan stik. Apabila selesai makan sajian utama, Matsushita memiringkan badannya kepada Ogawa, pengurus besarnya untuk meminta ketua tukang masak yang memasak stiknya datang berjumpa. Hanya separuh stik itu dimakan oleh Matsushita.

Wajah tukang masak kelihatan cemas, kerana dia tahu bahawa pelanggan yang memanggilnya itu seorang tokoh penting.

Kamu amat bersusah payah memasak stik ini, tetapi saya mampu makan hanya separuh sahaja. Ini bukan kerana tak sedap. Stik ini cukup sedap. Tetapi kamu tahu-tahu sajalah, umur saya lapan puluh tahun dan selera saya sudah tidak macam dulu lagi. Saya minta nak bercakap dengan kamu kerana saya khuatir kalau-kalau kamu akan berasa tersinggung apabila di dapur nanti kamu mendapati saya menjamah separuh sahaja stik ini.

Itulah selingkar kisah Konosuke Matsushita  (KM) yang dilahirkan pada penghujung akhir abad ke-19. Pada zaman belianya, dia banyak mengalami keperitan hidup. Apabila dia mula bekerja sendiri pada tahun 1917,bermodalkan hanya 100 yen, pendidikan formal yang kurang daripada empat tahun, tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan orang penting tetapi mempunyai sejarah keluarga penuh trauma. Namun firmanya yang kecil dan kekurangan  modal itu berkembang di bawah kepimpinannya selaku saudagar usahawan yang kian pintar.

Layani  orang yang berurusan dengan anda seolah-olah mereka itu sebahagian daripada keluarga anda. Kemakmuran bergantung pada sebanyak mana persefahaman yang diterima oleh seseorang itu daripada orang-orang yang menjalankan perniagaan dengannya. ……

Khidmat selepas jualan lebih penting daripada memberi khidmat sebelum jualan. Melalui khidmat yang seperti itulah seseorang itu memperoleh pelanggan tetap….

Jangan jualkan barang-barang yang menarik perhatian pelanggan, tetapi juallah barang-barang yang memberi manfaat kepada mereka……

Sebarang pembaziran walaupun sehelai kertas, akan meningkatkan harga keluaran sebanyak harga sehelai kertas itu…..

Kehabisan stok adalah disebabkan oleh kecuaian. Jika ini berlaku, minta maaf kepada pelanggan, minta alamat mereka dan katakana bahawa anda akan menghantarserahkan barang-barang itu dengan segera.

KM mempercayai takdir yang menentukan sesuatu rencana rambang. Takdirlah yang menyebabkan kejayaan budak miskin mewujudkan salah sebuah syarikat terbesar di muka bumi ini. Juga melonjakkan seorang manusia tanpa pendidikan formal yang banyak, tanpa kenalan dan kedudukan yang membantu memimpin negaranya memasuki revolusi ekonomi. Apakah lagi yang dapat menjelaskan hakikat bagaimana seseorang itu boleh memulakan sesuatu dengan tangan kosong dan mengakhirkannya dengan memperoleh kekayaan yang melimpah ruah dan dikagumi oleh seluruh bangsa.

Sesungguhnya, apakah lagi yang  boleh menjelaskannya?

Wallahu’alam.

( Kepimpimpinan Matsushita, John P. Kotter )

No comments:

Post a Comment