Monday, June 25, 2012

Lemahnya meminta-minta


Wahai anda yang memungut cukai dari singa
keperluanmu menjadikan anda bersifat serigala
penyakitmu adalah akibat kemiskinan
penyakit ini ialah sumber kesakitanmu.

Ianya merampas fikiranmu
yang tinggi  daripada kemuliaannya
dan memadamkan cahaya khayalanmu yang mulia



Minumlah serbat yang lazat dari tempayan wujud
larikan wangmu dari uncang masa
seperti Umar, turunlah dari untamu
berhati-hatilah terhadap kewajipan,
awaslah!

Berapa lama anda akan menuntut jawatan
dan menunggang seperti kanak-kanak di atas buluh?
satu tabii yang memandang ke langit
menjadi terhina dengan menerima faedah
dengan meminta
kemiskinan itu bertambah teruk
dengan mengemis
pengemis itu bertambah miskin
meminta itu memecah diri
dan menghalau cahaya pokok Sinai Diri.



Janganlah taburkan segenggam pasirmu
ibarat bulan, mengikis makanan daripada sisimu sendiri
miskipun anda miskin dan terhina
dan ditimpa oleh derita.

Janganlah anda mendapatkan makanan dari orang lain
janganlah cari air dari pancaran matahari
supaya jangan anda malu di hadapan Nabi
pada hati tiap-tiap jiwa akan dilanda takut.

Bulan dapat rezeki dari meja matahari
dan membawa cap kurniaan dalam hatinya
mintalah kepada Allah keberanian!
bergusti dengan nasib!

Jangan merendahkan kemuliaan agama suci
Siapa yang menyapu sampah sarap berhala dari Kaabah
mengatakan bahawa Allah kasih orang yang mencari nafkahnya sendiri.

Celakalah dia yang  menerima kurnia dari orang lain
dan membirkan tengkuknya tunduk dengan faedah
dia memakan dirinya dengan kilat kurnia yang diberi kepadanya.

Dia menjual kehormatannya kerana wang yag sedikit
bahagialah orang yang dahaga di panas matahari
tidak ingatkan Khaidir semangkuk air
dahinya tidak basah dengan malu mengemis
dia masih insan
bukan seketul tanah liat
orang muda mulia itu berjalan di bawah langit
dengan kepalanya tegak seperti pokok.
adakah tangannya kosong
bertambah lagi ia tuan bagi dirinya sendiri.

Adakah nasibnyn merana
makin bertambah cergas ianya
seluruh lautan
jika didapati dengan mengemis
adalah hanya satu laut api
manislah embun yang dikumpul oleh tangan sendiri
jadilah manusia mulia dan seperti buih
terbalikkan cawan itu meskipun  di tengah laut!

( Muhammad Iqbal; rahsia-rahsia diri 1986 )

No comments:

Post a Comment