Saturday, April 28, 2012

Sahur

Wahai tumpuanku dikala kesulitan. Wahai naunganku di saat kesusahanku. KepadaMu aku berpindah. KepadaMu aku memohon pertolongan dan mengharap pelindungan. Aku tidak berlindung kepada selainMu. Aku tidak menuntut kelapangan kecuali dariMu. Tolonglah aku dan lapangkanlah (dada)ku. Wahai menerima sedikitnya kebaikan dan mengampuni banyaknya (dosa). Terimalah (kebaikanku) yang sedikit dan ampunilah (kemaksiatanku) yang banyak. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, aku memohon padamu keimanan dan keyakinan yang menambat (hatiku) hingga aku menyakini bahawa tak akan ada yang menimpaku kecuali telah Engkau tetapkan. Jadikan pula (hatiku) rela dengan apa yang telah Engkau bagi dari penghidupanku. Wahai Yang Paling Penyayang di antara para penyayang. Wahai Sandaranku, di kala aku duka. Wahai Teman setia di kala kepedihan melanda. Wahai Kawan di kala senang. Wahai Muara harapanku. Engkaulah Tuhan yang menutupi cacatku. Dikaulah pemelihara kehormatan dan penghapus kesalahan-kesalahanku. Ampunilah seluruh dosaku, wahai Yang Maha kasih dan Maha sayang..


No comments:

Post a Comment