Sunday, April 29, 2012

Huruf Alif

Tuhanku….
namaMu adalah penghulu segala nama
dan di dalam genggaman qudratMu segala kerajaan bumi dan langit
dan Engkaulah yang maha kaya dari segala-galanya.

Tetaplah kepadaMu sifat kekayaan itu
dan berhajatlah kepada limpahanMu
yang teramat suci itu oleh “dia” dan “saya”…

Daku memohon dengan namaMu yang Haq
yang mana Dikau himpunkan dengannya segala penceraian segala urusan dan penciptaan...
dan Engkau dirikan dengannya keghaiban bagi yang nyata
dan Engkau zahirkan dengannya akan segala yang ghaib...

Bahawa Engkau kurniakan kepadaku
sifat redha pasrah kesucian rohani
sehinggakan daku tenang dengannya bagi segala gerakan takdirMu
sehinggakan bergerak bagi kehendakku (dengan izinMu)
segala yang diam dan diam segala yang bergerak.

Teguhkanlah daku sehingga kiblat (tempat tuju)
setiap yang menghadapi
dan yang menghimpunkan penceraian segala yang terpisah..
Sekira-kira namaMu yang bersatu kepadanya oleh tawajjuhku...
dan lebur di sisinya oleh kalimahku
maka setiap zarrah diriku dapat memetik puncak petunjuk
yang menyatakan bahawa daku adalah imamnya
yang tunggal yang mana jika tidak kerananya
sudah tentu lebur segala keakuan sipenerima...

Wahai Dia
( Dialah Tuhan dengan segala sifat kesempurnaanNya)
dan bukanlah aku (dengan segala kekuranganku)
daku memehon dengan segala nama
yang menerima limpahan madad daripada Alif ghaib
yang meliputi dengan hakikat segala yang disyuhud (segala yang disaaksikan)...

Bahawa Dikau saksikanlah kepadaku keesaanMu
Pada segala makhlukMu  yang banyak itu
pada batin segala kebenaran...
dan saksikanlah juga kepadaku yang banyak
pada keesaan itu pada zahir segala hakikat....

Kemudian begitu juga keesaan namaMu az-Zhahir dan al-Bathin
sehinggakan tidak tersembunyi kepadaku
segala ghaib yang zahir  
dan tidak ghaib dariku segala yang tersembunyi lagi batin.

Dan perlihatkanlah kepadaku segala-galanya pada segala-galanya
wahai Tuhan yang memiliki dan menguasai segala sesuatu...

Engkaulah, Engkaulah, Engkaulah ( Tuhan sekalian Alam )
Katakanlah, Allah!  kemudian tinggalkanlah mereka bermain-main

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Saidina Muhammad saw, Nabi yang ummi dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda saw...

(  Syeikh Muhyiddin ibnu A’rabi ra )

No comments:

Post a Comment