Sunday, October 2, 2011

Usaid bin al-Hudhair

Mementingkan diri :

Saya telah datang menemui Rasulullah saw memberitahu baginda tentang sebuah keluarga Anshor yang miskin dan memerlukan. Kebanyakkan ahli keluarganya adalah perempuan. Lantas nabi saw bersabda :

Kamu datang kepada kami setelah kami selesai mengagihkan harta yang ada di tangan kami. (Lain kali) apabila kamu dengar sesuatu harta sampai kepada kami, peringatkan kami tentang keluarga tadi.

Setelah itu, Nabi mendapat harta dari Khaibar. Lalu baginda membahagikannya di kalangan orang Islam. Baginda memberi dan melebihkan pemberian itu kepada kaum Anshor. Baginda juga telah melakukan tindakan yang sama kepada ahli keluarga yang miskin tersebut. Maka saya mengucapkan terima kasih kepada baginda : Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu bagi pihak mereka, wahai Nabi Allah.

Dan kamu juga wahai sekalian kaum Anshor. Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan kepada kamu. Sesungguhnya ( sepanjang pengetahuanku mengenai kamu ), kamu adalah manusia yang menjaga maruah diri dan sangat sabar. Sesungguhnya kamu akan menemui sikap mementingkan diri (di kalangan pemerintah tanpa memperdulikan kamu ) selepas kewafatanku. Bersabarlah sehingga kamu menemuiku. Dan janji kamu adalah di al-Haudh ( kolam nabi saw ) , balas baginda.

Apabila kepimpinan diterajui Umar bin al-Khottab ra beliau telah mengagihkan  harta dan barangan di kalangan orang Islam. Beliau mengirimkan sehelai pakaian yang kurasakan terlalu kecil. Ketika berada di masjid, seorang pemuda Quraisy memakai pakaian yang sama tetapi labuh dan besar. Kata-kata rasulullah saw itu saya katakan pada mereka yang ada bersama. Umar segera menemui dan menunggu sehingga saya selesai sembahyang.

Umar berkata : Semoga Allah mengampuni kamu. Sebenarnya saya telah kirimkan pakaian itu kepada si fulan. Beliau seorang Anshor yang pernah terlibat dalam perjanjian ’Aqabah dan turut serta peperangan Badar dan Uhud. Pemuda Quraisy ini telah membeli daripada beliau dan memakainya.

Apakah kamu menyangka apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw itu berlaku pada zaman pemerintahan saya, tanyanya lagi.

Demi Allah! Wahai Amirul Mukminin pada sangkaan saya ia tidak berlaku pada zaman pemerintahan kamu, jawab saya.

No comments:

Post a Comment