Friday, October 7, 2011

Abu Muslim Al-Khaulaani

Api :

Jika demikian api yang bahan bakarnya kayu ini akan menyelamatkan saya daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang dijaga oleh malaikat yang bengis lagi keras. Mereka itu tidak akan melanggar perintah Allah dan akan melakukan yang diperintahkan.

Sekawan kambing:

Salam atasmu wahai Khadam Mukminin.Sebenarnya setelah Allah melantik engkau memimpin manusia, engkau hanyalah ibarat orang yang diberikan satu kerja dan diamanahkan untuk menjaga sekawan kambing. Jika  engkau menjaganya dengan baik, engkau jaga bulu dan susunya engkau akan diberi upah.

Jika orang suruhan ini melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga kambing yang kecil membesar sementara yang kurus menggemuk serta sihat daripada sebarang penyakit, orang suruhan ini akan diberikan upah.

Tetapi jika orang suruhan ini tidak menjaga dengan baik gembalaannya hingga menyebabkan semuanya mati atau kurus atau tidak mengeluarkan bulu dan susu, orang suruhan ini tidak akan diberikan upah malah akan dimarah dan dihukum.

Oleh itu, pilihlah yang mana baik untuk dirimu.

Bila di kubur :

Wahai Muawiyah, ingatlah bahawa engkau akan mati hari ini atau esok dan tempat engkau nanti adalah di dalam kubur. Jika engkau ada membawa bekalan, bekalan itu adalah untuk engkau  di dalam kubur nanti. Jika engkau membawa tangan yang kosong engkau akan dapati kubur engkau nanti akan sunyi sepi.

Saya mohon kepada Allah, semoga engkau wahai Muawiyah tidak merasakan bahawa jawatan khalifah ini adalah untuk menggali sungai atau mengumpulkan harta. Jawatan ini adalah untuk engkau menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan serta memimpin manusia ke arah yang diredhai oleh Allah.

Wahai Muawiyah, kami tidak kisah jika sungai itu keruh, selagi kepala kami jernih dan engkau adalah kepala kami. Pastikanlah supaya engkau sentiasa jernih.

Wahai Muawiyah, jika engkau menzalimi seseorang, kezaliman engkau akan dihapuskan jika engkau melakukan keadilan. Jangan sekali engkau bersikap zalim kerana kezaliman bererti malang di hari akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment