Tuesday, October 11, 2011

Salamah bin Dinar

Ziarah :

Hubungan hambar hanya selepas saling kenal mengenal. Sedang engkau tidak pernah mengenali saya sebelum ini dan saya juga tidak pernah melihat engkau. Apakah yang hambar dengan tindakan saya ini ( tidak menemui )


Mati :

Kenapa kita takutkan mati ?. Sebab kita terlalu membangunkan dunia dan kita musnahkan akhirat kita. Jadi kita tidak suka untuk keluar dari dunia yang kita bangunkan ke akhirat yang kita telah musnahkan.


Al-Quran :

Untuk mengetahui nasib kita di hadapan Allah nanti, bandingkan amalanmu dengan kandungan Kitab Allah Taala, nescaya engkau akan dapat tahu nasibmu. Temuilah dalam firman Allah :

( Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah ) kerana sesungguhnya orang-orang yang berbakti ( dengan taat dan amal kebajikan ) tetapi berada di dalam syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat di dalam neraka yang menjulang=julang. ( maksud Al-Infitar : 13 -14 )


RahmatNya :

Di manakah rahmat Allah

Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ( Al-A’raf : 56 )


Pulang :

Alangkah baik jika saya tahu bagaimana saya akan berhadapan dengan Allah kelak?

Manusia yang baik umpama perantau yang pulang menemui keluargannya. Sementara manusia yang tidak baik umpama hamba yang melarikan diri kemudian diheret menemui tuannya.


Baik :

Bagaimanakah saya boleh menjadi manusia yang baik?

Buangkan segala rasa takbur  dan semailah akhlak yang baik.


Harta :

Apakah ada cara yang boleh menyemai ketakwaan kepada Allah melalui harta ini?

Engkau memperolehinya dengan cara yang sah, kemudianengkau berikan keoada mereka yang berhak. Engkau agihkan secara saksama dan adil kepada semua rakyat.


Mulia :

Siapakah manusia yang paling mulia?

Manusia yang berpegang teguh dengan maruah dan akhlak serta bertakwa.


Kata-kata :

Apakah kata-kata yang paling baik?

Kata-kata yang diucapkan oleh seseorang di hadapan orang yang ditakutinya dan di hadapan orang yang disukainya.


Doa :
Apakah doa yang paling cepat doperkenankan?

Doa orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang baik.


Sedekah :

Apakah sedekah yang paling baik?

Sedekah daripada orang yang tidak berada kepada orang yang terlalu miskin dan diberikan tanpa disertai kata-kata yang menyakiti hati.


Pintar :

Siapakah orang yang paling pintar :

Orang yang mengetahu cara untuk mentaati Allah kemudian dia mengamalkannya dan kemudian dia membimbing orang lain untuk mengamalkannya.


Bodoh :

Siapakah orang yang paling bodoh?

Orang yang menurut kemahuan sahabatnya sedangkan sahabatnya itu zalim. Dia mempertaruhkan akhiratnya semata-mata demi dunia orang lain.


Doa  buat sahabat :

Ya Allah jika sahabatku  hambaMu ini adalah pengikutMu, berikanlah kemudahan kepadanya untuk memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Jika dia adalah musuhmu, bimbinglah dia kepada perkara yang Engkau sukai dan Engkau redhai.


Pemerintah :

Wahai Amirul Mukminin, masyarakat ini kekal dalam kebaikan dan kesejahteraan selagi pemerintah mereka menemui ulama yang ada di kalangan mereka. Selepas itu, ada di kalangan masyarakat ini yang hina, mereka belajar ilmu dan mendekatkan diri mereka dengan pemerintah semata-mata untuk memperolehi sedikit kesenangan dunia. Hasilnya pemerintah tidak lagi memerlukan ulama. Akhirnya mereka ini tidak memperolehi apa-apa dan kecundang. Nilai mereka ini pun turun di mata Allah Azza wa Jalla. Jika para ulama mencari kurniaan pemerintah sudah tentu para pemerintah akan mencari ilmu mereka. Malangnya mereka mencari pemberian pemerintah menyebabkan pemerintah tidak mencari mereka malah memperlekehkan mereka.

Jika engkau seorang yang boleh menerima dan mengamalkan, apa yang saya katakan tadi sudahpun memadai. Jika engkau bukan orang yang boleh menerima dan mengamalkannya, tidak perlu saya mencurahkan air ke daun keladi.

Agungkanlah Allah Azza wa Jalla. Elakkanlah supaya Dia tidak melihat engkau melakukan apa yang dilarangNya. Dia hanya melihat engkau melakukan apa yang diperintahkanNya.


Ganjaran :

Wahai Amirul Mukminin jika wang dinar ini sebagai ganjaran untuk saya kerana apa yang saya katakan kepadamu maka bangkai dan daging babi ketika darurat lebih halal daripada wang ini. Jika wang ini adalah hak saya daripada Baitul Mal, apakah engkau akan berikan hak yang sama kepada semua umat Islam?.


Membuka hati :

Apabila jiwa ini dibersihkan, segala dosa-dosa akan diampunkan. Apabila seorang hamba berazam untuk meninggalkan dosanya, akan terbukalah pintu hatinya. Wahai Abdul Rahman, jangan lupa walau sekecil mana sekalipun dunia ini, ia akan melalaikan kita daripada akhirat. Setiap nikmat yang tidak mendekatkan kita kepada Allah sebenarnya adalah bala.


Contoh :

Wahai anakku, contohilah orang yang takut kepada Allah ketika ketiadaan manusia dan orang yang berhati-hati supaya tidak terjerumus kepada perkara yang mengaibkan. Begitu juga orang yang sentiasa memperbaiki dirinya semenjak muda lagi dan tidak menangguhkannya ke waktu tua.

Anakku sedarlah, setiap kali matahari terbit orang yang mencari ilmu ini akan berhadapan dengan nafsu dan ilmunya. Nafsu dan ilmunya ini akan sentiasa bermusuhan di dalam jiwanya. Jika pada hari itu ilmunya berjaya mengalahkan nafsunya, hari itu adalah hari yang beruntung untuknya. Jika hari itu nafsunya berjaya mengalahkan ilmunya, hari itu adalah hari yang merugikan.


Syukur :

Setiap anggota yang kita miliki mewajibkan kita supaya bersyukur. Kesyukuran mata; jika dengan mata ini engkau melihat kebaikan, nyatakanlah ia. Jika dengan mata ini engkau melihat keburukan sembunyikanlah ia.

Kesyukuran telinga; jika dengan telinga ini engkau mendengar kebaikan peliharalah ia. Jika dengan telinga ini engkau terdengar keburukan kuburkanlah ia.

Kesyukuran tangan; jangan engkau gunakan tangan ini untuk mengambil sesuatu yang bukan hakmu dan jangan engkau gunakan tangan ini untuk menghalang hak Allah.

Engkau jangan lupa, orang yang hanya bersyukur dengan lidah tanpa disertai oleh anggota-anggota dan hatinya yang lain, dia sebenarnya umpama orang yang mempunyai pakaian tetapi hanya memegang tidak memakainya. Pakaiannya  tidak mampu memelihara badannya daripada panas ataupun sejuk.


Jemputan menemui pembesar :

Saya telah menemui ramai ilmuan. Mereka tidak pernah datang membawa agama kepada ahli dunia. Saya rasa engkau sendiri tidak mahu saya menjadi orang yang pertama yang melakukannya. Jika engkau ada sesuatu keperluan datanglah berjumpa saya. Salam sejahtera untukmu dan mereka yang bersamamu.

Lihatlah apa yang engkau ingin miliki di akhirat dan berusahalah untuk memperolehiny di dunia. Lihatlah apa yang engkau tidak suka di akhirat kelak dan berusahalah untuk mengelaknya di dunia ini.

Sedarlah, jika engkau inginkan kesesatan, orang-orang yang sesat dan munafik akan datang dan mengerumunimu. Jika engkau inginkan kebenaran, orang-orang yang baik akan mengerumunimu dan mereka akan membantumu. Pilihlah mana satu yang engkau mahu.


Di saat kematian :

Jika kita selamat daripada malapetaka yang menimpa kita di dunia ini, kita tidak akan merasa berat untuk kehilangannya.

Firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang ( Maryam : 96 )

1 comment: