Saturday, October 8, 2011

Amir bin Abdullah Al-Tamimi

Munajaat :

Tuhanku, Engkau telah menciptaku dengan perintahMu dan Engkau berikanku ujian di dunia ini menurut kehendakMu kemudian Engkau berkata kepadaku : bertahanlah....

Bagaimana mungkin aku dapat bertahan jika Engkau tidak membantuku dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa.

Tuhanku, Engkau tahu jika aku miliki segala isi dunia ini kemudian Engkau minta segalanya itu daripadaku sebagai tanda redhaku kepadaMu nescaya aku akan serahkan segalanya untuk mendapatkan keredhaanMu.

Oleh itu kurniakanlah kepadaku jiwaku ini, wahai Tuhan yang Maha Pengasih...

Tuhanku, aku amat mencintaiMu sehingga aku rela menerima segala musibah untuk cintaku dan aku juga redha dengan segala ketentuanMu.

Demi cintaku ini, aku menerima segala apa yang aku hadapi sepanjang hidupku....

.........Tuhanku, kabulkan hajatku dan hajat mereka, wahai Tuhan yang Maha Pemurah.

Tuhanku, aku pernah meminta kepadaMu tiga perkara  namun Engkau tunaikan dua sahaja dan Engkau tolak yang ketiga.

Tuhanku berikanlah aku yang satu itu supaya aku dapat menyembahMu menurut kemahuanku.

Tiga perkara :

Satu perkara yang paling saya takuti menggugat agama saya ialah wanita. Jadi saya memohon agar Tuhan menjauhkan hati saya daripada mencintai mereka. Allah memperkenankan doa saya hingga saya tidak menghiraukan wanita yang saya lihat.

Kedua, saya  memohon daripada Tuhan agar saya tidak merasa takut kepada sesiapa selain daripadaNya. Allah kabulkan doa saya sehingga demi Allah saya tidak pernah merasa takut kepada sesiapa pun baik di bumi mahupun di langit selainNya.

Ketiga, saya memohon agar Tuhan menghilangkan keinginan saya untuk tidur supaya saya dapat menyembahNya sepanjang siang dan malam menurut kemahuan  saya tetapi Dia tidak perkenankan permintaan ini. Saya memintanya kerana surga akan Engkau diperolehi dengan walaupun sedikit daripada apa yang engkau lakukan. Dan neraka akan engkau jauhi dengan sedikit daripada apa yang engkau elakkan. Saya takut saya akan menyesal pada hari yang tiada gunanya segala kekesalan. Demi Allah saya akan beribadah seboleh mungkin. Jika saya selamat, itu adalah kerana rahmat Allah. Jika saya dimasukkan ke neraka, itu adalah kerana kecuaian saya.

Kumpulan Mujahidin :

Saudara-saudara saya ingin bersama kamu dengan syarat kamu memberikan saya tiga perkara. Pertama, saya akan menjadi pelayan kamu dan tiada siapa yang boleh mengambil alih tugas ini selama-lamanya.

Kedua, saya adalah muazzin kamu dan tiada siapa yang akan mengambil alih tugas menyeru untuk sembahyang ini daripada saya.

Ketiga, saya akan menanggung perbelanjaan kamu menurut kemampuan saya.

Dalam sesuatu peperangan, beliau akan berjuang seoalah-olah hanya beliau seorang yang melawan musuh. Namun ketika pembahagian hasil perang, beliau hanya menyepikan diri jauh daripada orang lain.

Hak Umat :

Jika tidak kerana ia adalah hak umat Islam, sudah tentu saya tidak akan mengusiknya dan saya tidak akan membawanya ke sini. Demi Allah saya memberi tahu kamu semua ini bukan supaya kamu memuji saya. Saya hanya memuji Allah dan hanya mengharapkan pahalaNya.

Mengapa tidak...:

Saya tidak berkahwin bukan kerana saya menjauhi Sunnah Nabi saw. Malah saya bersumpah tidak wujud amalan kerahiban dalam Islam. Sebenarnya saya berpendapat bahawa saya hanya memilki satu jiwa. Saya mahu jadikan jiwa ini hanya untuk Allah. Saya takut jiwa ini akan dirampas oleh seorang isteri.

Tidak benar, saya akan makan daging jika saya mahu dan jika saya memilikinya. Jika saya tidak mahu ataupun ketika saya mahu tetapi daging ini tiada, saya tidak akan makan

Kita berada di kawasan Majusi dan mereka ini yang membuat keju. Mereka tidak membezakan antara bangkai dan haiwan yang disembelih. Saya takut bahan yang digunakan untuk membuat keju diperbuat daripada kambing yang tidak disembelih. Mana-mana keju yang diperbuat daripada bahan kambing yang disembelih dan diperakui oleh dua saksi Islam saya akan makan.

Saya tidak mahu bertemu pemerintah dan duduk bersama mereka kerana di pejabat kamu (Gabenor Basrah ) ada ramai orang yang memerlukan bantuan, jemputlah orang-orang ini menemui kamu dan penuhilah segala permintaan mereka. Abaikanlah orang yang tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada kamu.


Maafkan...

Ya Allah...siapa yang menfitnah saya sehingga menyebabkan saya dihalau keluar daripada negeri saya dan memisahkan saya dengan sahabat-sahabat saya ya Allah, saya maafkan mereka. Oleh itu Engkau maafkan mereka. Berikanlah mereka kesejahteraan agama dan dunia. Limpahkanlah kepada saya, mereka dan seluruh umat Islam akan rahmat, keampunan dan ehsanMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Tangisan di saat kematian :

Demi Allah, saya bukan menangis kerana inginkan dunia atau kerana takutkan mati, Saya menangis kerana perjalanan ini panjang, namun bekalan yang ada hanya sedikit. Kehidupan saya sentiasa turun naik. Mungkin ke syurga dan mungkin ke neraka. Saya tidak tahu  ke manakah haluan saya.

No comments:

Post a Comment