Friday, October 7, 2011

Al-Nu’man bin Thabit bin al-Marzuban ( Abu Hanifah Al-Nu’man )

Dagang :

Wahai Amirul Mukminin, saya ini orang asing di Baghdad. Saya tiada tempat untuk menyimpan wang ini. Saya juga rasa bimbang keselamatannya. Simpankanlah wang ini di Baitul Mal. Apabila saya memerlukannya saya akan datang memintanya nanti.

Apabila kematiannya tiba ke pengetahuan kalifah dengan menitiskan air mata, al-Mansur berkata : Muga Allah merahmati Abu Hanifah, beliau  telah memperdaya saya. Beliau enggan menerima hadiah saya tetapi menolaknya dengan penuh sopan.

Untung :

Saya tidak bergurau. Saya beli baju ini bersama satu lagi baju dengan harga 20 dinar dan satu dirham perak. Sehelai saya telah jual dengan harga 20 dinar emas dan tinggal yang ini saya jual dengan satu dirham. Saya tidak mahu ambil untung daripda teman saya.

Nikmat :

Jika Allah telah memberikan engkau nikmat, dimanakah nikmat itu.Tidakkah engkau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : Allah suka melihat tanda nikmatNya pada hambaNya. Jadi engkau sepatutnya kemaskan diri supaya engkau tidak membuatkan temanmu sedih.

Cerita tentang Abu Hanifah :

Sumpah :

Setiap kali beliau bersumpah dengan nama Allah, akan disedekah sebanyak satu dirham perak. Selepas itu beliau berjanji  setiap kali beliau bersumpah dengan nama Allah, disedekah pula sebanyak satu dinar emas. Dengan itu, setiap kali beliau bersumpah, akan didermakannya satu dinar sebagai sedekah.


Sedekah :

Apabila rakan kongsinya terlupa memberitahu pembeli tentang kecacatan pada baju-baju yang terjual dan pembelinya gagal ditemui, Abu Hanifah tidak senang hati. Kesemua hasil jualan diberikan sebagai sedekah.

Umpatan :

Seorang sahabatnya pernah berkata : Saya dengar Abdullah bin al Mubarak berkata kepada Sufyan al-Thaurie : Wahai Abu Abdullah, Abu Hanifah tidak pernah mengumpat. Saya tidak pernah dengar beliau menyebut-nyebut keburukan musuhnya.

Sufyan menambah : Abu Hanifah amat bijak memastikan segala kebaikannya tidak dicemar oleh sesuatu yang boleh melenyapkannya.

Hubungan :

Beliau seorang yang terlalu menjaga hubungan baiknya dengan orang lain, sentiasa memastikan hubungan mereka berpanjangan. Apabila ada seseorang duduk di majlisnya, walaupun tanpa niat dan secara kebetulan, beliau akan bertanya. Jika ia ada permintaan, beliau akan memberikannya. Jika orang itu sakit, beliau akan memberi rawatan. Jika ada sesuatu hajat, beliau tunaikan, sehingga orang itu akan terus berada bersamanya.


Ibadat

Suatu hari beliau terserempak dengan beberapa orang sedang berbual. Terdengar olehnya mereka berkata : Orang yang kamu lihat ini tidak tidur sepanjang malam :

Terdetik di hati Abu Hanifah : Di hadapan mereka saya sebenarnya berbeza sama sekali dengan saya di hadapan Allah. Demi Allah, semenjak hari ini  mereka tidak akan katakan lagi apa yang saya tidak lakukan. Saya tidak akan tidur lagi pada waktu malam hingga saya bertemu Allah.

Pernah diceritakan, suatu malam beliau menghabiskan masa malamnya membaca berulang firman Allah Azza wa Jalla :

( Bukan kekalahan itu sahaja ) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka ( untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya). Dan  (azab seksa ) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. ( Al-Qamar : 46 )

Dia menangis teresak-esak kerana takutkan Allah. Suaranya mendayu-dayu sungguh menyayat hati.

Selama 40 tahun beliau bersembahyang Subuh dengan air wuduk yang diambil ketika sembahyang Isyak. Tidak pernah sekalipun beliau meninggalkannya.

Beliau telah menamatkan bacaan al-Quran di tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya sebanyak tujuh ribu kali. Setiap kali membaca surah al-Zalzalah, tubuhnya akan menggeletar dan hatinya gementar. Lantas beliau memegang janggutnya sambil berkata :

Wahai Tuhan yang membalas setiap zarah kebaikan dengan kebaikan. Wahai Tuhan yang membalas setiap zarah keburukan dengan keburukan. Jauhkanlah hambaMu ini, al-Numan daripada api neraka. Jauhkanlah dia daripada sesuatu yang boleh mendekatkannya dengan api neraka. Masukkanlah dia ke dalam rahmatMu yang luas, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

No comments:

Post a Comment