Wednesday, October 5, 2011

Saad bin Abi Waqqash

Menyayangimu  :

Wahai bonda, saya amat menyayangi bonda. Namun cinta saya kepada Allah dan RasulNya lebih lagi berbanding sayang saya kepada bonda....Demi Allah jika bonda memilki 1 000 nyawa dan ia keluar satu demi satu saya tetap tidak akan meninggalkan agama ini.

Pesanan al-Faruq :

Jangan kamu terpedaya sehingga kamu ingkar dengan perintah Allah lantaran ada yang memanggil kamu : Bapa saudara Rasulullah dan sahabat Rasulullah. Kerana Allah Taala tidak akan menghapuskan keburukan dengan keburukan. Sebaliknya Allah menghapuskan keburukan dengan kebaikan.

Wahai Saad bin Abi Waqqash, sesungguhnya Allah tiada pertalian dengan sesiapa melainkan dengan ketaatan. Manusia yang mulia dan hina  semuanya di sisi Allah adalah sama. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka adalah hambaNya.Kelebihan mereka berdasarkan ketakwaan. Mereka berjaya memperolehi kurniaan dari sisi Allah adalah melalui ketaatan. Oleh itu amatilah perkara yang kamu lihat Rasulullah pegang. Komitmenlah dengannya kerana ia merupakan tugas yang mesti dilaksanakan.

Kafan :

Kafankan saya dengan pakaian ini ( pakaian bulu yang lusuh ). Kerana saya telah memakainya ketika bertempur dengan musyrikin ketika peperangan Badar....Oleh itu saya juga ingin bertemu dengan Allah Azza wa jalla dengan pakaian tersebut.

No comments:

Post a Comment