Sunday, October 2, 2011

‘Adi bin Hatim Ath-Tho’ie

Bicara nabi saw kepadanya :

Wahai Adi, kemungkinan perkara yang menghalang kamu daripada memeluk agama itu ialah kerana kamu lihat kefakiran orang Islam dan kedaifan mereka. Demi Allah! Sudah hampir masanya harta akan membanjiri mereka sehingga tiada orang yang mengambilnya…..

Wahai Adi, kemungkinan perkara yang menghalang kamu dari memeluk agama ini ialah kerana kekurangan bilangan orang Islam sedangkan bilangan musuh mereka ramai. Demi Allah! Sudah hampir masanya untuk kamu dengar seorang wanita keluar dari al-Qadisiah dengan menunggang untanya sehinggalah dia menziarahi Ka’bah. Dia tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah sahaja.

Kemungkinan juga, perkara yang menghalang kamu dari memeluk agama ini ialah kerana kamu melihat kerajaan dan kekuasaan berada di tangan orang bukan Islam. Demi Allah! Sudah hampir masanya untuk kamu dengar Istana Putih di Babil dibuka oleh orang Islam dan harta perbendaharaan Kisra bin Hurmuz menjadi milik mereka.

No comments:

Post a Comment