Thursday, October 6, 2011

Apple daripada Jobs...

1993 : Menjadi seorang paling kaya di dunia tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Apa yang bermakna adalah apabila saya boleh berkata bahawa saya telah melakukan sesuatu yang baik hari ini.

1996 : Teknologi menjadikan hidup manusia lebih mudah, membenarkan kita berhubung dengan orang ramai yang dahulunya tidak mungkin dilakukan.

2004 : Inovasi berlaku dengan mengatakan tidak kepada 1 000 benda bagi memastikan kami tidak melakukan perkara yang salah dan boleh memberi perhatian kepada perkara yang benar-benar penting.

2005 : Masa anda terhad jadi jangan buang masa dengan memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain. Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda.

2010 : Tiada yang lebih membahagiakan daripada menerima e-mel daripada penguna Apple yang menyatakan mereka baru sahaja membeli iPad dan ia adalah produk paling menarik pernah dimiliki oleh mereka.

Apapun kata-katanya di Universiti Standford California pada 2005  wajar ditelusuri sama iaitu :

Kesedaran  bahawa saya akan mati tidak lama lagi adalah alat paling penting  yang pernah saya temui untuk membantu saya dalam membuat pilihan besar dalam kehidupan. Ini kerana semua jangkaan, semua kesombongan, ketakutan, perasaan malu dan takutkan kegagalan akan hilang begitu sahaja jika saya meninggal dunia dan apa yang tinggal hanyalah benda yang benar-benar penting.

Apabila membaca ulasan Barack Obama, Presiden Amerika buat Steve Jops; Pengasas Apple itu iaitu tiada penghormatan lebih besar kepada Steve daripada kenyataaan bahawa dunia mengetahui mengenai kematiannya melalui alat ciptaan beliau sendiri......

( Perginya tokoh revolusi dunia.., SH 7 Okt 2011 )
Yang pasti.....daripadaNya  kita datang.....padaNya jua kita kembali....padaNya kita berserah diri........wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment