Wednesday, July 20, 2011

…kasih tertumpah di sini

Madinah bererti Kota Yang Bercahaya, suatu tempat yang bersejarah dan menjadi impian kita semua untuk mengunjunginya. Setiap inci daripada bumi yang mulia ini penuh sejarah dan rahsia yang hebat lantaran menjadi tempat pilihan Allah S.W.T., tempat tadahan wahyu dan di situlah berkembang dan bermulanya Islam, diasaskan masyarakat Madinah dan kemudian berlanjutan sehingga ke persemadian nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penghulu kepada sekalian manusia dan di situlah juga persemadian kebanyakkan sahabat-sahabat dan tabie yang berdakwah dan menyampaikan Islam sampai kita dapat mengecapi nikmatnya pada waktu ini.

Madinah ini tempat yang penuh dengan keistemewaan dan kelebihan dan banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada perkara itu. Jadi dengan kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T., Madinah ini juga istemewa di sisi semua umat Islam, di mana setiap kita bercita-cita untuk sampai ke situ. Dan saya percaya, walaupun kita telah sampai ke sana, masih lagi ada di dalam hati sanubari kita untuk kita menuju ke tempat ini untuk sampai ke sini selepas ini.

Ia satu-satu tempat yang begitu istemewa di hati manusia kerana itu Allah S.W.T. telah ,meletakkan sedemikian. Cuba kita banding, kita fikirkan. Kadang-kadang kita pergi ke suatu tempat yang dikatakan hebat dan memang betul-betul hebat tetapi bila kita berada di situ, kemudian kita pulang setakad itu sahaja dan tidak lagi terdetik di dalam hati kita untuk kembali ke tempat itu walaupun hebat. Berbanding dengan Kota Mekah dan Kota Madinah yang mana Allah S.W.T. telah menetapkan hati manusia cinta kepada kedua-duanya ini. Maka kita terus masa ke semasa berfikir, berikhtiar, berusaha untuk sampai ke situ. Wallahu’alam.


( Zahazan Mohamad )


Hadis   Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Akan tiba suatu masa di mana seorang lelaki akan mengajak sepupu dan saudara maranya: Marilah bersenang lenang! Marilah bersenang lenang! Padahal Kota Madinah adalah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Demi jiwaku berada dalam genggaman-Nya. Setiap orang dari mereka yang meninggalkan Kota Madinah kerana tidak suka, maka Allah akan menggantikan orang yang lebih baik darinya. Ketahuilah, sesungguhnya Kota Madinah umpama cerobong dapur yang mengeluarkan asap iaitu kotoran. Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum Kota Madinah mengeluarkan segala keburukan (orang kafir dan munafik) sebagaimana cerobong dapur yang mengeluarkan asap iaitu kotoran

No comments:

Post a Comment