Monday, July 18, 2011

Buku

Buku adalah samudera
fikiran bangsa
tenang dan bergelora
tetap khazanah berharga

Buku memelihara
kecerdikan bangsa
menelaahnya, kita
bakal bijaksana.

Buku memang perisai
mereka yang pandai
cermat bertindak
kita bertambah bijak.

Buku, khazanah
pelbagai ilmu
tenaga yang sasa
peribadi syahdu.

( A.Samad Said )

No comments:

Post a Comment