Sunday, July 10, 2011

Sukarnya menyerah amanah

Kepada siapakah mahu diserahkan
segala amanah dan kepercayaan
menjaga kebun dan sawah
menjaga tanah dan rumah.

Sedang pagar tidak boleh diharapkan
menjadi perlindungan
kerana sering terjadi
pagar memakan padi.

Maka siapakah lagi
yang boleh dipercayai
disandarkan harapan
diberikan kepercayaan
supaya tanah tidak diceroboh
rumah tidak roboh
supaya sawah tidak hilang
kebun tidak dicuri orang
kepada siapa lagi
kepada siapa lagi

( Ehsan Jamily, Melaka )

Berita Minggu, 10 Julai 2011

No comments:

Post a Comment