Tuesday, December 26, 2017

Graduan buta terima anugerah pingat emas

Sintok – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang gadis kelahiran Sabah, Harziah Khalid Yunis untuk menempa  kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sabtu lalu.

Lebih membanggakan apabila graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian berusia 26 tahun itu menamatkan pengajian setahun lebih awal berbanding rakannya dengan memperolehi Ijazah Kelas Pertama.

Harziah berkata, hanya  usaha yang membezakan dirinya dengan insan biasa yang lain keranabeliau percaya kekuatan akal mampu membantu menggerakkan anggota badan yang lain untuk mengejar kejayaan.

Sejak pertama kali saya sampaikan ke UUM, perkara paling utama yang saya tekadkan ialah saya mahu berjaya. Dengan itu saya tidak boleh merungut terhadap kekurangan diri sendiri kerana iaadalah kunci kepada kegagalan, katanya ketika ditemui pemberita pada majlis konvokesyen tersebut.

Ketika  ditemui, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, beliau perlu berusaha duakali ganda lebih daripada rakan-rakannya yang normal kerana perlu mengambil mata pelajaran yang lebih untuk menghabiskan pengajian lebih awal.

Ketika menceritakan keadaannya waktu sekolah rendah, Harziah berkata, beliau tercicir dalam persekolahan apabila masalah penglihatan menghalang daripada belajar asas membaca dan menulis dengan betul.

Ketika itu saya sempat masuk sekolah tahun satu, tetapi tidak mampu nak belajar apa-apa. Selama dua tahun saya tidak bersekolah, namun selepas itu rakan ibu saya bawa saya ke Sekolah Pendidikan Khas sewaktu berusia 10 tahun dan kemudian barulah saya boleh belajar dengan betul, katanya.

Harziah yang kini bertugas sebagai Pembantu Am di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, dia amat bersyukur  apabila sudah memperoleh pekerjaan memandangkan golongan Orang Kurang Upaya sepertinya agak sukar untuk diterima bekerja.

Wallahu ’alam.

Sinar Harian

24 Nov 2017

No comments:

Post a Comment