Monday, September 12, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (7)

Sesungguhnya rasulullah saw beberapa kali mendoakan Anas bin Malik. Antara doa baginda saw: Ya Allah  kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia.

Allah Taala memakbulkan doa nabiNya. Anas merupakan orang Anshor yang paling kaya dan paling ramai zuriat. Bilangan anak dan cucunya melebihi seratus orang. Allah Taala juga memberkati umurnya sehingga beliau hidup selama103 tahun.

Anas bin Malim ra amat berharap memperolehi syafaat nabi saw padahari kiamat kelak. Beliau sering berkata: Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu rasulullah saw pada hari kiamat. Saya akan katakan kepada baginda: Wahai rasulullah ini khadam kecilmu Unais.

Tatkala Anas bin Malik jatuh sakit dan hampir meninggal dunia, beliau berkata kepada kaum keluarganya: Ajarkan saya Laa ilaaha illallah, Muhammaadun rusuulullaah.

Beliau terus melafazkannya sehingga meninggal dunia. Beliau mewasiatkan agar tongkat pendek kepunyaan rasulullah saw dikebumikan bersama-sama jenazahnya.Maka tongkat tersebut diletakkan di dalam bajunya.

Tahniah untuk Anas bin Malik al-Anshori yang dilimpahi oleh Allah dengan kebaikan. Beliau hidup di bawah jagaan rasulullah saw genap 10 tahun. Beliau merupakan perawi ketiga  terbanyak meriwayatkan hadis baginda selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar……

Mudah-mudahan Allah mengganjari beliau juga ibunya, Ghumaisho’ dengan sebaik-baik ganjaran.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 6-7

No comments:

Post a Comment