Friday, September 9, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (6)

Anas bin Mali sentiasa hidup dengan memori bersama rasulullah saw sepanjang hayatnya. Beliau amat gembira ketika kali pertama beroemu nabi saw….Manakala air mata kesedihannya bercucuran ketika hari kewafatan baginda saw….Beliau sering mengulang dan menyebut kata-kata baginda.

Anas bin Malik juga bersungguh-sungguh untuk mengikuti perbuatan dan kata-kata rasulullah saw. Cinta apayang dicintainya. Benci apa yang dibencinya.

Apabila beliau mengingati hari pertama, beliau merasa amat bahagia. Namun apabila teringat hari kedua, beliau menangis dan orang sekelilingnya juga turut menangis.

Beliau sering mengulang kata-kata: Sesunguhnya saya telah melihat wajah nabi saw  ketika hari baginda masuk keMadinah. Saya juga melihat baginda ketika hari beliau diambil daripadakami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah , seluruh Madinah bersinar. Manakala tatkala pada hari baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah.

Kali terakhir  saya melihat baginda adalah pada hari Isnin ketika tirai bilik baginda dibuka. Saya lihat wajah baginda  seperti helaian kertas mushaf. Ketika itu orang ramai berdiri di belakang Abu Bakar sambil mereka melihat bagindasaw. Mereka hamper-hampir tidak tentu arah  melihat keadaan rasulullah. Namun Abu Bakar megisyaratkan agar mereka bertenang. Pada lewat hari tersebut rasulullah saw wafat. Kami tidak pernah melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah baginda saw ketika kami menimbuskan pasir ke atasnya.

Wallahu ’alam

Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 5-6

No comments:

Post a Comment