Monday, September 12, 2016

Mengatur kata

Bukanlah mudah
mengatur kata
apatah lagi
di alam maya
kerana di alam nyata
kata berserta
riak muka serta
lenggok nada bahasa.

Kata-kata di alam maya
boleh jadi setajam senjata
boleh jadi selembut sutera
boleh disalah tafsir
boleh disalah erti
boleh terkesan di hati
boleh melukan hati.

Mengatur kata
biarlah berpada-pada
biarlah berwaspada
benarnya penting bicara
bertemu bersualah
bertemu rasa selesa
saling bertukar kata
menghindar salah makna
menyingkir buruk sangka.

Khairul Hakimi Mansor
Semsas, Kuantan
Mingguan Malaysia
17 Apr 2016

No comments:

Post a Comment