Tuesday, September 20, 2016

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (3)

Khalayak Quraisyh kembali ke Mekah dan melupai peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Namun nasib yang menimpa Khubaib terus terbayang-bayang di kotak fikiran Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy yang sedang meningkat dewasa.

Katika tidur beliau bermimpi dan ketika jaga beliau terbayang-bayang wajah Khubaib. Bagaikan di depan matanya Khubaib bersembahyang dua rakaat dengan penuh tenang di hadapan kayu penghujung nyawanya. Terngiang-ngiang di telinganya rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisyh. Jiwannyagementar, bimbang petir akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.

Khubaib mengajar Sa’id satu hakikat yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Khubaib mengajar, kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalannya hinggga ke titisan darah terakhir.

Beliau juga mengajar iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan.

Sa’id belajar satu perkara lagi, lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.

Ketika itulah hati Sa’id bin ‘Amir terbuka untuk memeluk Islam. Lalu beliau berdiri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dosa dan jenayah yang dilakukan oleh Quraisyh. Beliau meninggalkan berhala dan sembahan Quraisyh serta memeluk agama Allah.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

No comments:

Post a Comment