Thursday, September 8, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (5)

Selepas kewafatan nabi saw Anas bin Malik hidup lebih 80 tahun. Sepanjang usia tersebut beliau mengisi dada-dada sahabat dan tabien dengan ilmu yang diperolehinya daripada rasul saw yang agung. Beliau memenuhkan fikiran mereka dengan fiqh nubuwwah.

Beliau menghidupkan perasaan sahabat dan tabien dengan petunjuk nabi saw juga dengan sabda dan keperibadian agung rasul saw yang disebarkannya kepadaorang ramai.

Sepanjang  umur Anas yang lama itu, beliau menjadi rujukan masyarakaat Islam. Mereka segera bertemu Anas jika mereka buntu tentang sesuatu masalah. Mereka juga berpegang dengan pandangan beliau jika mereka tidak mampu memahami sesuatu hukum.

Ada sesetengah orang yang suka berdebat tentang perkara agama, mereka membincangkan tentang adakah kolam nabi saw pada hari kiamat benar-benar wujud. Lalu mereka pergi bertanya kepada Anas bin Malik. Jawabnya: Saya tidak sangka saya hidup sehingga saya bertemu orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam tersebut. Saya telah tinggalkan di belakang saya, wanita-wanita yang lanjut usia. Siapa saja di kalangan mereka bersembahyang, dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam nabi saw.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 4-5

No comments:

Post a Comment