Setelah
selesai, beliau melihat Khubaib menghadap pembesar Quraisyh seraya berkata: Demi Allah! Jika tidak kerana kamu akan
beranggapan bahawa saya memanjangkan sembahyang kerana takut mati, nescaya saya
memanjangkan sembahyang saya…….
Kemudian
beliau melihat dengan kedua matakepalanya, mereka memotong anggota badan
Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata: Adakah kamu suka jika Muhammad menggantikan
tempatmu dan kamu selamat?
Orang
ramai mengangkat seraya menjerit: Bunuh
dia…..bunuh dia…..!!!
Sa’id
bin ‘Amir melihat Khubaib yang terikat di kayu berpalang mendongakkan wajahnya
ke langit seraya berkata: Wahai Allah
hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan
mereka walaupun seorang.
Kemudian
beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada tubuhnya tidak terkira
berapakah tetakan pedang dan tusukan lembih yang menghujaninya.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka
Salam, 2006
No comments:
Post a Comment