Friday, August 8, 2014

Sebelum hadirnya lebaran

Syukur kepada Tuhan
datangkan lagi kesempatan
berikan nafas hingga detik ini
hari-hari sebelum lebaran.

Terima kasih Tuhan
hampiri dengan lebaran
diberi segala keupayaan
untuk kecapi lagi lebaran
dalam kemanisan amalan
dalam penyucian pengampunan
dalam kemurahan ganjaran.

Syukur kepada Tuhan
dalam menunggu hari
telah panjangkan kudrat
kabulkan penghargaan
Insya-Allah dapat memeluk
lebaran bakal bertandang.

Kamaruzaman Ismail
Kuala Terengganu
Mingguan Malaysia
3 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment