Mulai tahun 2010, Kerajaan telah memutuskan untuk menaja 30 orang pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang paling cemerlang untuk mengikuti
pengajian ke universiti-universiti terkemuka di peringkat Ijazah Pertama di
dalam dan luar negara. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan
biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling
cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin
kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang.

Dasar penajaan di bawah program ini diteruskan pada tahun 2014 dengan
menawarkan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2013
untuk mengikuti pengajian ke universiti terkemuka dalam bidang-bidang pilihan
mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan.
Bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, mereka
perlu mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang
telah ditetapkan oleh Kerajaan. Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap
kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan
mereka meneruskan pengajian.
Pada 31 Mac 2014, bertempat di INTAN Bukit Kiara, Timbalan Perdana Menteri
telah menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa Nasional 2014 di Majlis Citra
Kencana. Di mana definisi Citra Kencana ialah :
Citra
Gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi dll)
Kencana – Emas
1. Logam berwarna kuning yang sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan,
seperti cincin). 2. Sesuatu yang tinggi mutunya (mulia, berharga dll).
Citra Kencana
Memberikan gambaran terjemahan penampilan yang dijelmakan oleh kehebatan
imej keperibadian seseorang melalui ketinggian pengetahuan dan keilmuan yang
terbilang.
.jpg)
Frasa Citra Kencana dipilih kerana ia selaras dengan Teras Strategik 1
Kerangka Kerja Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam yang memberi fokus khusus
kepada mendaya upaya bakat untuk meningkatkan kompetansi, prestasi,
produktiviti dan daya inovasi.
Individu yang bertenaga, berilmu, berwibawa, kompeten, inovatif dan
produktif merupakan end-state kepada
keberhasilan strategik yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Wallahu ’alam
No comments:
Post a Comment