Wednesday, August 6, 2014

Cemerlang dalam akademik (2)

Ya Aliim, Ya Hakim dan Ya Rashid

Ya Allah Ya Malik yang memiliki hati kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami, Kau sedarkanlah mereka bahawa semua A dalam peperiksaan bukanlah segala-galanya. Ya Allah tetapi yang lebih penting adalah sejauh mana ilmu itu dapat kami amalkan dalam hidup untuk mendekatkan diri kepadaMu dan sejauh mana kami menggunakan ilmu itu untuk mengajak manusia ke jalanMu Ya Allah. Kau lembutkanlah hati mereka Ya Latif yang Maha Melembutkan dan Ya Syakur yang Maha Menghargai kami serta memahami bahawa kami sememangnya sedang berusaha bersungguh-sungguh dan sesungguhnya pertolongan Allahlah penentu segalanya.

Ya Allah Ya Bari’ yang Maha Mengatur Urusan, sesungguhnya hambaMu ini tahu bahawa Engkau telah memilih kami untuk menjadi pejuangMu di barisan utama kerana kami telah dibekalkan dengan senjata yang terhebat iaitu al-Quran yang penuh mukjizat dan juga ilmu duniawi serta ukhrawi.  Maka Ya Allah Ya Hafiz yang Maha Memelihara, Kau peliharakanlah iman dan ilmu kami agar kami dapat menjadi mujahidin dan mujahadah yang syahid dalam keredaanMu.

Ya Allah Ya Ghanniyu yang Maha Kaya Ya Mughni yang Maha Memberi Kekayaan, kayakanlah hati dan minda kami dengan ilmu dan akhlak yang indahYa Allah supaya kami dapat menyelamatkan saudara-saudara kami di seluruh dunia yang kian hancur akibat pengaruh dari musuh-musuh kafir. Semoga dengan ilmuMu Ya allah Ya Aliim, jadikan kami pemimpin hebat dan adil lagi bijaksana yang bakal menyelamatkan agama Islam, bangsa serta negara kami.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment