Thursday, August 14, 2014

Pahala bertaubat

Pengajian ke-10

Diriwayatkan bahawa malaikat Jibril datang pada nabi Muhammad saw dan berkata: Hai Muhammad! Tuhan menyampaikan salam dan memesankan, bahawa barangsiapa dari umaatmu bertaubat satu tahun sebelum matinya diterimalah taubatnya. Tempo satu tahun untuk umatku adalah panjang, kerana kealpaan dan harapan panjang yang menguasai mereka, jawab rasulullah saw kepada Jibril. Lalu Jibril pergi dan kembali lagi berkata: Tuhanmu berfirman: Bahawa barangsiapa bertaubat sebulan sebelum matinya diterimalah taubatnya. Satu bulan pun masih panjang bagi umatku, sabda rasululah saw.

Dan pergilah Jibril untuk kembali membawa poesan bahawa Allah menerima taubat hambanya satu hari sebelum ia mati. Hai Jibril! Bersabda rasulullah saw, satu hari masih panjang bagi umatku. Pergi lagi Jibril dan kembali berkata: Hai Muhammad Tuhanmu berfirman bahawa barangsiapa bertaubat satu jam sebelum matinya diterimalah taubatnya. Satu jampun masih panjang bagi umatku, sabda rasulullah.

Maka berangkat lagi Jibril dan kembali berkata: Hai Muhammad! Allah menyampaikan salam dan berfirman, bahawa barangsiapa menghabiskan semua umurnya dalam maksiat dan tidak kembali kepadaKu setahun, sebulan, sehari atau sejam sebelum matinya sampai detik ia bersekarat di mana rohnya sidah berada di tenggorokan dalam keadaan mana ia tidak dapat mengucapkan taubat dan perminytaan ampun dengan lidahnya, tetapi merasa menyesal dengan hatinya, maka Aku mengampunilah ia. (Zubdatul-Wai’dhin).

Berkata beberapa ahli hikmah: Taubat seseorang dapat diketahui dari empat perkara; Pertama, ia dapat mencegah lidahnya dari mencampuri urusan orang lain, mencela orang di belakangnya, memfitnah dan berdusta. Kedua bahawa ia tidak merasakan di dalam hatinya dengki dan permusuhan terhadap orang lain. Ketiga, menjauhkan diri dan tidak bersahabat dengan kawan-kawan jahat. Keempat, selalu siap menghadapi maut sambil menyesal atas dosanya dan minta ampun atas dosa-dosa yang lalu serta sungguh-sungguh melakukan ibadah dan taat kepada Tuhan.

Menurut riwayat saidina Abubakar ra bahawa rasulullah saw bersabda: Perbanyaklah membaca la ilaha illallah dan istighfar, karena Iblis yang terkutuk berkata: Aku telah binasakan manusia dengan dosa dan maksiat dan mereka membinasakan aku dengan Syahadat dan istighfar, maka aku binasakanlah mereka dengan hawa nafsu, sehingga dengan tiada sedar mereka mengira bahwa mereka adalah orang-orang yang berhidayat. (Dur manthur)

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment