Wednesday, August 13, 2014

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (5)

Penelitian yang dilakukan oleh pakar psikologi ada mengatakan bahawa ketika seorang anak damit itu lahir, dia sudah diberikan oleh Allah, jumlah sel sarafnya adalah satu trillion sel saraf. Dari satu trillion sel saraf itu dibagi menjadi dua, yang 100 juta untuk berfikir manakala yang 900 juta ini fungsinya adalah memberikan nutrisi, memberikan bekalan makanan kepada yang 100 juta tadi.

Penelitian lanjutan pula membuktikan bahawa ketika satu sel saraf dari 100 juta itu diambil, ternyata boleh menciptakan 20 ribu hubungan, ya 20 ribu cabang di dalam otak kita yang begitukecil.

Nah, mari kita hitung, jika dianggarkan satu sel saraf adalah 20 ribu cabang atau 20 kilobyte, sifirlah kalau 100 juta, berapa kilobyte yang boleh diciptakan oleh memori otak, memori otak seorang anak damit. Lalu layakkah kita mengatakan bahawa kita tidak pintar atau kita tidak pandai?

Bukankah Allah menciptakan kita dengan jumlah neuron yang sama, iaitu satu trillion sel saraf. Kita lahir dengan satu trillion yang yang sama siapa pun orang tua kita. Waima orang tua kita seorang yang tidak pernah berpendidikan, tetap Allah melahirkan kita dengan satu trillion sel saraf. Dan mempunyai kemampuan 100 juta dikali 20 ribu cabang. Sifirlah sendiri! Jangan lupa bahawa di dalam diri kita sendiri, di dalam diri anak kita, di dalam diri anak damit kita, di dalam diri setiap manusia ternyata memiliki apa yang boleh kita sebut sebagai “bio computer”, yakni komputer yang hidup. Yakni otak, otak yang luar biasa. Jadi hasil penelitian dan kajian yang dilakukan pelbagai pakar menunjukkan bahawa kita langsung tidak punya alasan untuk sering mengatakan, “Aku tidak pandai.”

Kerana itu, Islam mengajarkan kita untuk bersyukur. Salah satu bukti syukur seorang muslim adalah dia berusaha untuk memaksimakan potensi yang dikurniakan oleh Allah kepada dirinya. Setiap diri kita punya kelebihan-kelebihan tersendiri. Tinggal lagi, kitamenggilap dan mengasah bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah itu.

Bukankah kita pernah lihat, baca, dan ketahui bahawa ada orang yang cukup menarik, dia dilahirkan dalam keadaan yang tidak mempunyai tangan, tidak punya kaki, tapi hari ini dia menjadi seorang motivator yang dikagumi dunia. Waima dia lahir dalam keadaan cacat, tetapi dia telah membuktikan bahawa dia telah berjaya. Jadi, anda bagaimana? Kejayaan tidak ada kaitan dengan masalah keberuntungan! Membuat kesalahan dan kesilapan bukan disebabkan takdir! Kesalahan dapat diatasi, jika mahu.

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014 

No comments:

Post a Comment