Saturday, August 9, 2014

Celaan makan riba’

Pengajian ke-7

a) Bercerita Samurah Ibnu Junduhra: Menjadi kebiasaan rasulullah saw sesudah beliau sembahyang Subuh menghadapi kita (para sahabatnya) yang sedang berkerumun, menceriterakan apa yang ia hendak  ceriterakan. Pada suatu hari beliau menanya sahabatnya: Adakah salah seorang melihat sesuatu dalam mimpi semalam? Tidak, ya rasulullah, jawab sahabat. Kemudian diceriterakan oleh rasulullah bahawa beliau telah melihat semalam dalam mimpi seakan-akan didatangi dua makhluk yang membawanya ke suatu tempat suci dan tibalah di suatu sungai-darah di mana di dalamnya berdiri seorang laki-laki, sedang di tepi sungai itu ada seorang laki-laki lain yang memegang batu-batu di tangannya. Tiap kali orang yang berada di dalam sungai itu mendekati tepi hendak keluar, dilemparilah ia oleh yang berada di tepi dengan batu yang tepat mengenai sasaran mulutnya dan terpaksalah ia kembali ke tempatnya di tengah sungai darah itu. Kemudian aku menanya siapakah orang itu? Dijawab: ialah pemakan uang riba.

b) Menurut ceritera Abi Rafi, bahawa pada suatu waktu ia menjual satu gelang kaki dari perak kepada saidina Abubakar ra. Maka tatkala ditimbang gelang itu ternyata lebih berat – lebih banyak – dari uang yang harus dibayarkan. Oleh Saidina Abubakar diambilnya gunting hendak memotong gelang dan mengembalikan kelebihannya kepada Abi Rafi yang ditolaknya sambil berkata: Biarlah kelebihan itu untuk kamu hai Khalifah Rasulullah! Dijawab oleh saidina Abubakar ra : Aku pernah mendengar dari rasulullah saw bahawa yang menerima maupun yang memberi kelebihan adalah keduanya di dalam neraka.

c) Diriwayatkan oleh Ubadah Ibnu el Shamit ra bahawa rasulullah saw bersabda: Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, padi dengan padi, kurma dengan kurma dan garam dengan garam kecuali secara tunai dan seimbang kwalitas maupun kwantitasnya. Akan tetapi boleh menjual emas dengan perak, perak dengan emas, gandum dengan padi dan kurma dengan garam dengan kelebihan-keuntungan – sesuka hatimu menurut persetujuan kedua belah pihak.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment