Friday, November 15, 2013

Percaya diri adalah sumber kepercayaan terbesar

Tabiat 8

Kepercayaan mempunyai kuasa. Kuasa memberi kekuatan untuk bertindak. Apabila berada di puncak kuasa, tiada apa-apa lagi yang boleh menghalangnya. Kepercayaan ialah apa-apa panduan pendirian, pernyataan, keyakinan atau keghairahan yang boleh memberikan makna dan arah tujuan dalam kehidupan. Kepercayaan umpama sarapan yang terurus dan telah diaturkan terlebih dahulu tentang tanggapan kita mengenai dunia. Kesimpulannya, kepercayaan adalah seperti ketua kepada otak, yang memberi arahan untuk bertindak dengan membawa kita ke arah matlamat dan memberikan jaminan untuk mengetahui yang kita akan sampai ke sana. Kepercayaan juga menentukan harga diri.

Seorang petani yang kepenatan setelah bekerja seharian di ladangnya kembali ke rumah membawa pokok labu yang masih kecil dan diletakkan di dalam balang kaca yang agak besar. Setelah itu petani itu tidak mempedulikan pokok labu ini sehinggalah dia perasaan pokok labu berkenaan tidak lagi mampu membesar. Saiz pokok labu itu sama dengan saiz balang kaca. Sempadan itu membantut pembesarannya.

Manakala pada tahun 1950-an dan 1960-an, AS dan Soviet Union (Rusia) berlumba-lumba untuk menakluki angkasa lepas. Soviet Union melancarka satelit pertamanya, Sputnik ke orbit diikut Sputnik II yang membawa seekor anjing bernama Laika. Pada tahun 1959, mereka melancar Luna I, kapal angkasa yang dapat melepasi tarikan gravity bumi dan terbang ke bulan.

Kejayaan Soviet Union membangkitkan kesungguhan Presiden AS, John F. Kennedy untuk menghantar manusia ke bulan. Pada 16 Julai 1969, roket Apollo II telah berlepas dari Kennedy Space Center bagi memulakan perjalanan fizikal sejauh 244 930 batu ke bulan. Empat hari kemudian, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin Jr. menjejakkan kaki di atas permukaan bulan dan disaksikan oleh 500 juta orang.

Neil Armstong berkata, ini adalah langkah kecil untuk seorang manusia tetapi langkah gergasi untuk kemanusiaan. Perjalanan mental yang berlegar-legar dalam fikiran John F. Kennedy dipancarkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Mari kita lihat strategi anda untuk meraih kejayaan, iaitu……..

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

1 comment: