Saturday, October 12, 2013

Semaikan benih yang baik (4)



4.3 Jangan hanya mengikut, berusahalah memajukan diri

Saya buntu dengan pendekatan ibu dan ayah saya yang selaku menganggap cara saya mendidik anak-anak tidak betul. Mereka adalah generasi yang mengikut didikan tradisional orang tua-tua dahulu, sedangkan zaman telah berubah. Pada saya, cara pendidikan dahulu perlukan beberapa perubahan.

Orang yang hanya suka mengikut orang lain, tetapi tidak berusaha memajukan diri sendiri adalah orang yang tidak berjaya. Orang yang paling berjaya ialah orang yang yakin dan berusaha mengikut satu sistem kehidupan pilihannya yang dibuat, tanpa terikut-ikut dengan orang lain.

Orang yang suka menyaingi orang lain akan mudah stress, banyak penyakit dan sebagainya, akan mendapat 5% daripada kekayaan. Tetapi orang yang dapat mengawal diri, maka dia akan mendapat 95% daripada kekayaan. Orang seperti ini akan merasa tenang, sihat dan bahagia kerana tidak terikat dengan orang lain dan tidak berasa tertekan dengan kata-kata dan tanggapan negatif orang lain.

Dia akan sentiasa teguh dengan prinsipnya dan menjalankan kewajipan sesempurna yang mungkin mengikut pandangan agama.

Kesimpulan : Sesetengah manusia susah untuk berubah, kerana seseorang itu tidak memiliki kepercayaan bahawa dia boleh berubah. Sistem genetik tidak dapat menentukan fizikal luaran kita, manakala sistem kepercayaan kita akan menentukan biologi, kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan kita.

Bentuklah sistem kepercayaan dengan memasukkan benih-benih kebaikan yang tepat. Jika seseorang takut dengan virus minda, iaitu alasan, keluhan, rungutan dan sebagainya maka dia tidak akan bahagia dan tenang di dunia. Bagi menanam benih-benih yang baik di dalam diri maka seseorang itu haruslah berfikiran positif. Apa yang paling penting, ubah diri sendiri sebelum mengubah diri orang lain.

Wallahu a’lam

Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012

No comments:

Post a Comment