Saturday, October 19, 2013

Kesedaran terhadap kelimpahan dan kemakmuran

Esei 25

Kebanyakkan perkara lain dalam kehidupan, kemiskinan bermula daripada dalam minda; corak minda yang tidak sedar pada semua kemungkinan potensi dalaman dan luaran. Marilah kita lepaskan diri daripada kongkongan lubang tikus yang kecil, tinggalkan tapak semaian yang tandus dan lompatlah mengatasi pagar ke arah tanah yang serba subur dan mewah!.

Amalkan perkara-perkara berikut :

a) Ini adalah alam semesta yang dipenuhi dengan pelbagai peluang yang tidak ada hujungnya dan yang melimpah ruah di mana sahaja.

b) Kehidupan ini penuh dengan keseronokan dan limpahan rezeki yang baik apabila kita mempunyai pengamatan yang positif terhadap kehidupan serta pendirian yang sentiasa proaktif.

c) Ianya adalah sebahagian daripada tuntutan hak Tuhan yang Maha Pemberi untuk menjadi berjaya dan adalah tanggungjawab kita untuk memperkayakan diri sendiri dan orang lain. Kejayaan kita akan dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukannya, namun kegagalan kita tidak akan dapat membantu sesiapa.

Peribahasa Cina menyatakan; dengan wang seekor naga, tanpanya seekor cacing. Justeru itu, teruskan, jelajahi dan hayati kemewahan yang luas dalam minda anda kemudian bebaskan ia keluar. Pelbagai peluang yang berlebih-lebihan di dunia, ilmu pengetahuan yang menggentarkan, bakat, kemahiran amali dan hubungan antara individu anda akan bergerak ke hadapan seperti tren yang tidak mampu dihentikan dan memimpin perlumbaan. Sentiasa ingat, fikirkan kemiskinan, maka miskinlah anda, fikirkan kemewahan dan anda akan menjadi mewah.

a) Kita hanya menerima dunia yang kita cari ( Thoreau )

b) Apabila wang yang banyak datang, ia akan datang dengan secepat kilat dalam jumlah yang besar sehingga anda akan hairan di mana ianya telah bersembunyi pada masa kita ditimpa kesusahan ( Napoleon Hill )

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009

No comments:

Post a Comment