Wahai pesakit yang mengadu
kesakitan! Ketahuilah bahawa kamu tidak berhak untuk mengadu. Bahkan kamu wajib
bersyukur dan bersabar sahaja. Ini kerana anggota tubuh badan luaran dan
dalaman, bahkan diri kamu sendiri bukanlah milik kamu. Kamu tidak membuat atau
menciptanya sendiri.Kamu juga tidak membelinya daripada mana-mana syarikat atau
kilang.
Oleh itu, ia adalah milik yang
lain. Pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap
barangan miliknya, sebagaimana kisah berikut ini :
Terdapat seorang ahli kraftangan
yang amat mahir dan kaya telah mengupah seorang lelaki miskin untuk menjadi
model bagi mempamerkan barangan buatannya. Untuk menampilkan hasil buatannya
yang indah dan pengalamannya yang luas, dia memakaikan lelaki itu pakaian yang
berhias dan dilengkapi dengan pelbagai perhiasan yang ditenunnya dengan penuh
ketelitian dan keindahan. Dia juga melakukan pelbagai perkara dalam usaha untuk
mencantikkan hasil buatannya dengan kemahiran tinggi yang dimilikinya. Dia mula
menggunting, menukarkan jenis kain yang digunakan, memanjang, memendek dan
sebagainya pada pakaian tersebut, semasa dipakai oleh lelaki miskin tadi.
Apakah lelaki miskin yang
mengambil upah itu berhak untuk berkata kepada lelaki kraftangan yang mahir itu
: Kamu telah merosakkan ketampananku yang
terserlah ketika mengenakan pakaian ini kerana kamu sentiasa menyuruh aku
tunduk, berdiri dan duduk. Kamu juga telah merosakkan imejku kerana selalu
menggunting, memendek dan memanjangkan bahagian-bahagian tertentu pada pakaian
ini.

Sebahagian daripada hikmat Asma’ul-Husna akan tersingkap dan
terdedah melalui sakit dan musibah yang dihadapi. Ia juga akan memancarkan
cahaya keindahan yang menampilkan tompokan hikmah dan kilasan rahmat. Ketika
hijab disingkap, maka di sebalik penyakit yang tidak disukai itu, kamu akan
menemui hakikat mendalam, indah dan disenangi oleh jiwa kamu. Itulah yang
terkandung di sebalik penyakit yang dihadapi.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment