Wednesday, October 23, 2013

Rawatan ke 11

Wahai saudaraku para pesakit yang telah hilang kesabarannya! Di sebalik kesakitan yang dialami daripada penyakit kamu, ia juga sebenarnya memberikan kelazatan maknawi kepada kamu setelah ditarik daripada kehilangan penyakit kamu pada masa lalu.

Di samping itu, kamu juga memperolehi kelazatan roh yang lahir daripada pahala yang terhasil di sebalik penyakit tersebut. Masa akan datang selepas hari ini, bahkan selepas sejam kemudian tidak lagi mengandungi kesakitan. Tidak diragukan lagi, bahawa sakit tidak berlaku begitu sahaja tanpa disebabkan oleh sesuatu. Jika tiada penyakit, maka tiada kesakitan dan keluhan. Tetapi kerana kamu salah sangka, maka kegelisahan menyelubungimu. Sedangkan kesakitan pada tempoh tersebut akan hilang bersama hilangnya sakit yang dialami ketika tempoh sakit yang zahir itu.
Dengan itu, kamu akan beroleh pahala lalu berkekalanlah kelazatan kerana kehilangan penyakit itu. Adalah sesuatu yang bodoh bahkan kegilaan jika kamu masih berterusan mengingati dan merasai kesakitan bagi penyakit yang telah lalu, hingga menyebabkan kamu hilang sabar. Sedangkan kamu sepatutnya merasa lapang kerana ia telah sembuh dan kamu telah memperolehi balasan pahalanya. Juga kerana hari-hari mendatang masih belum tiba. Bukankah suatu kebodohan jika menyibukkan diri dengan berfikir tentang hari yang belum hadir lagi. Tentang penyakit yang belum berlaku dan juga tentang penyakit yang belum terjadi?

Sangkaan seumpama ini juga merupakan hasil daripada pemikiran yang dilakukan secara berulang-ulang dan bebanan jiwa dengan sesuatu yang amat menyakitkan, akan mendorong seseorang hilang sabar dan cuba untuk mewujudkan tiga perkara yang masih belum wujud. Bukankah ini suatu kegilaan? Oleh kerana waktu sakit yang telah berlalu itu mendatangkan kesegaran dan kegembiraan dan oleh kerana masa akan datang masih belum wujud, maka penyakit dan kesakitan adalah dianggap tiada.

Wahai saudaraku! Janganlah kamu membazirkan kekuatan kesabaran yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu dengan menghamburkannya ke kiri dan ke kanan. Bahkan himpunkanlah ia bagi menghadapi kesakitan yang dialami ketika sakit dengan berkata: Wahai penyabar! Tanggunglah kesakitan itu dengan penuh kesabaran dan mengharapkan pahala daripadanya.

Wallahu a’lam.

Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009

No comments:

Post a Comment