Hikmat 11
Warisan hikmah yang seakan-akan
sama ialah, sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Lihat semula
perkataan lama sebagai menunjukkan bahawa untuk membina, menghimpun atau mengumpulkan
bukan sesuatu yang mudah dan singkat. Bila anda menyebut tentang membina,
serentak dengan itu anda mestilah menyertakan satu lagi perkataan yang amat
penting iaitu kesabaran.
Sungai akan melimpah jika hujan,
walau sedikit tetapi setiap hari. Ia tidak akan terjadi jika hujan sekali
sekala. Bahkan jika hujan lebat sekalipun tetapi sekejap atau sekali-sekala,
sungai tak akan melimpah.

Namun ramai di antara kita yang
menentang fitrah semula jadi manusia yang sepatutnya berdikit-dikit tetapi
berterusan, menukarnya, mengharapkan banyak, besar dan serentak. Bolehkah
mendapat? Hanya mendapat penat dan kekeciwaan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment