Hikmat 5
Dengan mudah sekali anda
mengenali musuh yang nyata. Mereka bukan sahabat anda, mereka adalah orang yang
memusuhi anda. Ia amat mudah dikenali dan dibanteras. Cara terbaik untuk
membanteras musuh ialah dengan menukar mereka menjadi sahabat. Permusuhan yang
berterusan akhirnya akan menyusahkan dan memusnahkan diri anda sendiri. Satu
tindakan yang amat mulia jika anda memulakan persahabatan dengan musuh anda.
Permusuhan selesai, dada anda lapang, persahabatan baru bermula, rezeki kian
terbuka, peluang-peluang baru terbuka. Itulah untungnya menukar musuh menjadi
sahabat.
Itu bagi musuh yang nyata dan
dikenali. Bagaimana pula dengan musuh yang tidak dikenali? Carilah di kalangan
sahabat. Waspadalah, di kalangan sahabat ada musuh. Waspadalah, kadang-kadang
sahabat yang paling baik itu musuh paling ketat. Sentiasa waspada kerana musuh
dalaman atau musuh dalam selimut sebenarnya adalah musuh paling bahaya, sangat
berbahaya, lebih dari musuh yang nyata.

Bukan maksudnya anda tidak boleh
mempercayai sepenuhnya sahabat-sahabat anda. Kepercayaan adalah tunggak persahabatan.
Tetapi, salahkah kalau sentiasa berwaspada. Apa yang merugikan anda jika
sentiasa berwaspada? Bukan curiga tetapi berwaspada. Tidak ada ruginya
berwaspada terhadap sahabat karib sendiri.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment