Hikmat 1
Selalunya yang keci itu tidak
diberikan perhatian menjadikan ia terbiar. Kerana terbiar, tidak ada sebarang
tindakan untuk menampalnya dengan anggapan: Biarlah,
ia kecil saja, tak ada apa-apa impak pun. Tetapi lama kelamaan, bocor yang
kecil itu kerana dibiarkan akhirnya mampu menenggelamkan kapal besar. Begitulah
yang selalunya terjadi.

Kerana itu sebaik saja bocor
kecil dikenali, ia hendaklah ditampal segera sebelum melarat dan berlarutan.
Kegagalan untuk mengenalpasti kebocoran membuatkan ia terbiar, berlarutan dan
akhirnya membawa mudarat yang menenggelamkan. Semestinya, anda mestilah
prihatin untuk mengenali kebocoran tersebut. Mengenali kebocoran adalah
tindakan pertama sebelum menampalnya. Ia dilakukan ketika kebocoran itu masih
kecil dan baru terjadi.
Masalahnya, ramai yang tidak
mengenali kebocoran bahkan ramai yang telah kenal kebocoran tersebut tetapi
membiarkannya sahaja. Jadi, berhak atau tidak kebocoran kecil yang tidak
disangka-sangka itu akhirnya menenggelamkan?
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment