Hikmat 16
Hanya kegigihan yang boleh memacu
diri anda ke arah kejayaan, bukannya sambil lewa, main-main, sekali-sekala. Bahkan
orang yang gigih pun ada kalanya kecundang, apatah lagi orang yang mengerjakan
sesuatu sambil lewa sahaja.

Usaha anda mestilah disertai
dengan kegigihan dan sentiasa meneruskan walaupun berkali-kali tersungkur.
Bangun dan teruskan dengan gigih barulah anda boleh menjadi seperti air yang
mampu memenuhi tempayan, bukannya seperti embun yang sememangnya gagal untuk
memenuhi tempayan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment