3.2 Pastikan anda
berada di jalan lurus
Saya sangat ingin melihat
kebaikan tersebar di mana-mana. Sebagai menyahut seruan syariat dan sunnah nabi
saw, saya mula mempraktikkan dalam kehidupan seharian saya dengan membuat
kebaikan. Tetapi adakalanya saya seolah-olah hilang motivasi diri apabila
berhadapan dengan dugaan dan cabaran.

Apabila kita melakukan perkara itu dengan tujuan mencari keredaan Allah,
maka Allah akan melihat usaha kita. Untuk menghayati setiap apa yang kita
lakukan itu kerana Allah, maka sama-sama kita perhatikan beberapa aspek penting
ini:
a) Niat utama adalah melakukan kebaikan supaya manfaatnya dapat dirasai
oleh semua orang.
b) Berusaha dan terus menerus melakukan kebaikan tanpa jemu walaupun sekecil
membuang pembungkus gula-gula ke dalam tong sampah
c) Tahu dan yakin bahawa setiap amal perbuatan hanya dinilai dan dibalas
oleh Allah sahaja.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment