Wednesday, October 23, 2013

Rawatan ke 12

Wahai pesakit yang tidak dapat beribadat dan melakukan wirid-wirid kerana sakit! Wahai pesakit yang berdukacita  kerana tidak dapat melakukannya! Ketahuilah bahawa terdapat di dalam hadis, seorang mukmin yang bertaqwa terus menerima pahala amal ibadat yang dilakukan meskipun ketika dia sakit. Keadaan sakitnya tidak menghalang dia daripada terus memperolehi pahala.

Seseorang pesakit yang menunaikan ibadat fardhu sekadar kemampuannya, maka keadan sakitnya itu menggantikan seluruh ibadat sunat ketika dia berada dalam keadaan amat sakit. Kerana pesakit itu menghadapi penyakitnya dengan penuh kesabaran, bertawakkal dan tetap menunaikan ibadat yang fardhu.

Penyakit juga menyebabkannya merasai kelemahan dan kedhaifannya. Lalu dia tadharru’ kepada Allah dengan perasaan lemah melalui doa, sama ada dengan keadaan dirinya atau melalui perkataan. Kelemahan dan kedhaifan yang diletakkan oleh Allah di dalam diri manusia bertujuan agar manusia sentiasa memohon perlindungan Allah dengan berdoa dalam keadan penuh harapan.

Hikmat di sebalik penciptaan manusia dan tugas asasinya ialah semata-mata berdoa, berdasarkan kandungan ayat suci Al-Quran : Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku tidak akan menghargai kamu  kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya…. (Al-Furqan:77)

Oleh kerana sakit adalah sebab bagi melakukan doa yang tulus ikhlas, maka tidak sepatutnya seseorang mengadu sakit, bahkan wajib bersyukur, kerana tidak sayugia sumber air bagi doa yang dipancarkan oleh kerana keadaan sakit dikeringkan dengan memperolehi kesembuhan.

Wallahu a’lam.

Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009

No comments:

Post a Comment